<bgsound src=http://www.geocities.com/EnchantedForest/Dell/9501/midi/scooby.mid loop="infinite">

Monday, December 18, 2006

Setapak melangkah

Anak saya sudah pandai melangkah! Bila? Khamis lepas.. kenapa melangkah? Sebab dia belum boleh berjalan.. Dia baru melangkah setapak ke hadapan.. terujanya saya Tuhan yang tahu.. sambil melangkah tu dia menyengih menunjukkan sebaris giginya berkuantiti 14 batang, membuatkan saya ingit memicit2 hidungnya.. seminggu sebelumnya iaitu pada hari lahir saya.. dia hadiahkan saya dengan sebuah kejutan yang saya rasakan hadiah paling mahal pernah saya dapat.. iaitu dia berdiri without support. lebih menarik lagi dia berjoget dengan membengkokkan kakinya sambil tangan dihayun2kan ke atas ke bawah.. dapat bayangkan? Tak dapat? Tak mengapa.. balik rumah nanti anda pejam mata dan buat gaya seperti yg saya describe tadi.. ha.. mcm tu lah gayanya anak saya menari.. Saya menunggu saat ini sudah lama.. dan saya benar2 merasa keseronokan itu.. akhirnya pada usianya 1 tahun 3 bulan dan 9 hari.. Irfan sudah mula menunjukkan tanda2 yg dia akan pandai berjalan.. dan akan kuruslah saya selepas ini.. tetapi malam semalam dia demam.. hari ini pun demam… saya rasa saya perlu mengklafikasikan itu sebagai ‘demam hendak berjalan’. Suhunya agak tinggi iaitu 38.5dC. Tak ada apa lagi yang perlu saya minta selain memanjatkan doa agar dia cepat sembuh dan buleh menapak utk langkah yang kedua pula..
Tidak mengapa sayang.. hatta irfan baru belajar merangkak sekalipun pada saat ini.. mama tetap sayang kan Irfan seadanya..
Alhamdulillah..

Tuesday, November 07, 2006

We're back! (sekejap jer..)

Terima kasih pada yang menanya khabar Irfan di sini.. lebih kurang 8 bulan lamanya tak tulis apa2 di blog ni.. Alhamdulillah Irfan sihat.. ada kat umah tu.. tgh memanjat2 agaknya.. hehhehe.. dia dah setahun 2 bulan sekarang..
Sebenarnya hanya ada 1 alasan mengapa mama tak sempat nak update blog.. sebabnya mama tak larat nak maintain 2 website sekali gus.. lebih2 lagi sejak akhir2 ni skill mengarang mama dah jadik tumpul..
Sekarang mama lebih menumpukan kepada fotoblog Irfan.. yang mana terdapat gambar2 terbaru Irfan yang mama abadikan di situ..
Kepada semua teman2.. buat masa ni.. mungkin mama tak sempat tulis lagi.. tapi bolehlah mengikuti perkembangan Irfan di fotopage dier :

http://babyirfan.fotopages.com

silalah lawati ye!

InsyaAllah ada masa terluang akan mana cuba sedaya upaya mengarang k. rugi lak rasanya.. objektif utama buat blog ni sebab nak rekod perkembangan irfan.. tapi tergendala sebentar.. InsyaAllah.. one fine day i will continue writing.. daa!!!

Monday, April 10, 2006

3 days in ward...

Irfan kurang sihat.. takde mood nak bercerita.. kali ni biar momma irfan yang ceritakan untuknya...
Day 1 - Friday; 7 April 06
Pukul 9.30 pagi atuk bawak irfan pergi Damai Service Hospital dekat Jln Ipoh. Irfan kena admit there with Dr Pramela supervision. Anak mama kena bronchitis and weezing since last sunday.. Dia dah dapatkan rawatan at Dr. Pramela's clinic b4 and doc adviced irfan to be admitted.. so dpt bagi gas pada waktu yg tepat.. and senang monitor irfan.. if he needs anything.. Masa on the way nak gi hospital.. irfan happy semacam.. borak2 ngan mama dlm keta.. macam nak gi bercuti je lagaknya.. sian anak mama.. kita nak gi hospital la sayang.. bukan nak gi check in hotel.. and that was the first time mama saw his smile.. and mama dapat dengar dier punya suara.. since hari ahad or since abah dia pegi.. besar impak ketiadaan abah terhadap si kecil sorang ni rupanya...
The nurse at DSH did their job very well.. They recorded irfan's temperature and pulse ikut masa yg ditetapkan.. masa mula2 masuk temp irfan was 37 degree c. Maknanya demam irfan dah surut sikit.. Tak tentu jugak sebab selalunya malam badan irfan selalunya akan panas balik.. mama doa2 malam ni badan irfan tak panas.. sampai hospital.. dah check2 semua.. irfan terus tido dlm buai.. lega sebab hospital ada sediakan buai.. risau jugak mama sebab siang selalunya irfan memang nak berbuai.. malam takpe.. then atuk balik.. tinggallah mama sorang2 jaga irfan.. this time mama really has to be strong.. atuk ngan nenek nak ke Kedah pulak nak hantar rombongan ke majilis pertunangan..
At 12 noon irfan bgn.. and mama terus dapatkan nurse utk bagi irfan nebuliser. Mula2 irfan behave very well. Mungkin sebab terlalu lama akhirnya irfan nagis jugak.. sian lah anak mama nih.. few minutes later mama served irfan lunch with bubur yg nenek bekalkan.. Alhamdulillah dalam keadaan sakit pun irfan masih berselera. Tetapi mungkin keadaan badan irfan yang tak berapa sihat.. berat badan irfan susut.. dah jadi 7.2kg from 7.5kg.. sedih la mama mcm ni sayang...
Lepas makan irfan muntah. mungkin sebab confuse between cough and burp.. he couldn't control two of them in one time.. last2 dia muntah.. tp sebenarnya bagus jugak irfan muntah sebab dapat kuarkan lendir dan kahak irfan.. bila dia berak pun.. lendir kuar sama2 dengan najis.. and mama nampak irfan rasa lega sangat bila dah muntah.. normally after muntah irfan will continue sleeping.. tp mesti pastikan yg tangannya memegang tangan mama sampailah dier terlelap betul2.. now i know.. time2 mcm ni memang irfan perlukan mamanya sangat2.. cara irfan pandang mama pun memang lain sangat.. i was so touched.. may be apa yg irfan cuba katakan ialah.. mama.. pls dont leave me alone.. tak sayang.. mama takkan tinggalkan irfan pun.. i promise...
** the day before he's been admitted**
tghari tu mommy Aqish and her friend, auntie wan pay their visit.. thanks to both of them.. irfan pun nampak suka sangat sebab ada pelawat.. dia meniarap2 atas katil.. sambil mulutnya.. ramah berbicara.. syukur.. irfan dah ok balik..
The staff nurse gave irfan nebuliser 4 hourly without fail.. pukul 4pm baru dapat jumpa Dr. Bila dia check dia kata irfan is getting better but still wheezing walaupun tak sekuat hari2 sebelumnya.. syukur mama rasa.. irfan kena continue with the gas.. and satu ubat antibiotik.. Dr stop dulu dengan ubat makan.. Bricanyl.. untuk kahak.. treatment irfan buat masa ni.. cuma gas and the antibiotik tu aje.. oh.. lagi satu.. mata irfan mcm kena infection skt.. so.. Dr. suh bagi ubat titis mata...
Irfan dinner lebuh kurang at 6pm.Mlm suhu badan irfan tinggi skit.. tapi kali ni tak sampai 38 degree.. paling tinggi pun 37.6. so malam irfan kena makan ubat demam..
Mlm irfan tidur lena.. tapi apa yg mama sedih.. bila sampai time nak kena bagi gas.. walaupun irfan tgh lena tidur.. terpaksa jugak kejutkan irfan.. mengamuklah si kecil mama ni.. meraung2.. tp nak buat mcmana terpaksa jugak bagi.. anak mama nak sihat kan sayang... nasib baik lepas tu irfan blh tidur balik.. mama tidur sekali dengan irfan atas katil.. katil budak tak le besar sgt.. besar sket je dari baby cot kat rumah.. apa lagi .. mengerekot la mama tidur kat atas katil tu.. irfan needs to be hugged thru the nite.. even kalau dier terkejut2 tgh malam pun.. tangan dia akan carik badan mama.. and bila mama hug dia.. dia tau i was there.. and he continue sleeping.. apa yg pasti mlm tu kami tidur berselimutkan baju busuk abah.. dan apa yang tak pasti.. mama ke atau irfan ke yang rindukan abah..? kuikuikuikui... gelak sket...
Day 2 - Saturday; 8 April 06
Pagi irfan terpaksa jugak bangun pukul 7 pagi.. sebab nak kena makan ubat.. dan nak bagi ubat titis mata.. kali ini raungan irfan tak sekuat raungan dia kena paksa bangun malam semalam.. nampaknya irfan dah sedar hari sudah pagi.. lepas bagi ubat.. mama suap susu.. dan mata dia terkebil2 balik nak tidur.. ok sayang... boleh tidur balik ok.. masa irfan tidur.. mama cepat2 pegi mandi.. so bila dia bangun nanti mama still ada beside him.. 8.30 irfan bangun.. mama bagi air suam dulu.. sebab since sakit irfan kurang minum air suam.. then mama prepared dia punya breakfast.. it was just the cereal.. kesiannya anak mama.. doc kata kena buat cair2 supaya tak pekatkan kahak irfan nanti.. Alhamdulillah again dia mkn dengan berselera.. lepas tu mama lap2 badan irfan ngan air suam.. tak berani nak mandikan irfan lagi.. sebab dia sensitif dengan sejuk... lepas tu mama take time layan2 dan main2 ngan irfan.. he looked so happy.. ye lah mana dier tau yg dier sekarang ada kat hospital.. agaknya mcm best je dok atas katil tu.. mana taknya.. mama pun join sama.. hahahahah.. lepas tu.. dlm kul 10 am.. kena bagi nebuliser lagi... nasib dia tak nangis sangat.. mcm dah paham2 je...
Lepas tu apa lagi.. lepas bagi susu.. dah penat2 tu kami berdua pun terlelap lagi... tak perlu dah berbuai.. kali ni dia tidur atas dada mama... sekarang ni itulah favourite place irfan.. sebab abahnya selalu buat mcm tu.. so nak bagi.. aura2 abah ada kat dia.. mama pun buat lah camtu gak.. sambil bagi dia peluk2 n cium2 baju abah dier.. at least biar dia dpt rasa yg kononnya abah ada dekat dier masa tu..
Irfan bangun masa nak mkn tgh hari.. mama bagi cereal lagi.. kesian irfan.. kalau kat rumah dapatlah dia makan best2.. nak buat mcmana nenek pun takde.. nak hantar bubur kat dier.. tapi tak per jugak.. kalau mkn byk2 nanti takut pekat pulak kahak dier.. irfan sihat dulu.. lepas ni nanti kita makan best2 ok!
Seperti biasa nebuliser diberi seperti masa yang ditetapkan. ubat cuma bagi 2 kali sehari ajer.. kul 7 pagi and 7 malam.. tu ajer rutin kami buat masa ni.. lepas menyusu.. kami tidur lagi...
Lebih kurang kul 3 ptg kami dikejutkan oleh pelawat yg sangat mama tunggu.. Auntie rozie datang ngan uncle ijad.. and anak mereka.. kak Hani.. irfan happy jugak menerima pelawat.. diorang main2 jap ngan irfan.. irfan looked mcm org tak sakit kata diorang.. tapi bila dengar dier wheezing.. anybody will know that irfan tak berapa sihat sangat.. mama tak payah dengar dier wheezing.. tgk cara dia pandang mama semacam pun mama tau dier tak sihat...
Lepas tu Pak tam ngan kawan pulak dtg.. masa ni mama amik kesempatan pegi mandi kejap... but irfan masa tu masih tidur... then doctor dtg... setelah dijanjikan.. Dr nak ajar mama cara2 nak gunakan alat untuk bagi gas di rumah nanti.. Dr said.. start mlm ni.. Dr kata stop giving irfan the nebuliser.. Dr. suh bagi ventolin and inflammide using this alat.. called aero chamber.. irfan kena continue di beri ubat ni.. kat rumah sampai dia ok as ussual.. Ventolin is for merawat.. while Inflammide is for prevent.. Dr. dah tunjukkan cara2 nak guna.. Ventolin kena bagi 6 hourly.. n between the time.. if irfan ada batuk2.. Inflammide lak kena bagi satu pagi n satu petang.. sampai lah habis...
Irfan was not suffering from athsma.. but his treatment lebih kurang sama mcm org yg kena athsma.. Dr said.. prevent is better than cure.. melihatkan keadaan irfan.. Dr said.. dia perlu di jaga betul2.. untuk elakkan dari kena athsma.. mama paham.. n i promise to take care of u, dear..
So start malam tu.. mama bagi ventolin sepertimana yang Dr ajar pada mama... nurse kejut irfan untuk bagi ubat titis mata je.. kali ni.. irfan dah macam fobia.. bia nampak nurse.. and all those ubat ubatan.. dia tak semena2 akan menangis.. walaupun belum lagi di beri ubat.. pity anak mama.. but irfan is such a strong boy.. eventhough dia nangis masa nak bagi ubat.. tapi kejap ajer.. lepas tu.. he will be back to normal.. tak nangis dah.. n blh senyum.. nurse pun ckp camtu..
Mama hope that nite will be the last nite we spent there...
Day 3 - Sunday; 9 April 06
Rutin seperti biasa.. ubat diberi seperti biasa... food n milk pun diberi seperti biasa... bout 11.30am doctor dtg for final check.. Dr kata kena bagi sekali je lagi nebuliser.. since bunyi2 kat dada irfan belum hilang sepenuhnya... Dr kata mama blh buat keputusan.. nak stay lagi atau nak discharge hari tu.. mama kata.. its ok mama nak discharge n akan continue with the treatment kat rumah.. lagipun irfan looked much2 better.. cuma bunyi2 tu aje.. mana tau with environment kat rumah pulak irfan akan ok..now mama kena ajar nenek nak gunakan alat tu.. hari selasa nanti mama kena bawak irfan gi klinik Dr.. untuk check up..
Mommy aqish and family datang amik kami hari tu.. irfan seronok main2 ngan cousins dia .. abg arash.. n kak Lia.. Apa yang menggembirakan...sebelum kuar hospital hari tu .. irfan dapat dengar suara abah thru telephone.. rupa2nya abah nyanyi kat telinga irfan nursery rhyme yg abah cipta sendiri tu.. selalu abah nyanyikan masa kat rumah.. mudah mudahan terubat lah hendaknya rindu di hati irfan.. dan mudah mudahan.. suara abah tu dapatlah jadi penawar bagi sakit irfan ye sayang..
Dalam keta masa on the way balik rumah nenek.. irfan.. aktif ajer.. toleh2 kiri dan kanan.. tengok dunia luar.. macam dah lama sangat nampaknya.. dia tak tengok dunia luar ye.. siann dier... takpe sayang.. nanti dah sihat betul2.. mama bawak gi jalan yer...
**after discharged.. senyum yg sangat2 membahagiakan hati mama**
Sesungguhnya.. memang byk yg mama belajar semasa 3 hari berseorangan menjaga irfan di hospital.. anak mama jadi lebih rapat dengan mama.. kasih sayang mama terhadap si kecil ni.. sangat2 lah mendalamnya... irfan pula tak banyak ragam masa di hospital.. alhamdulillah.. mungkin si kecil ini tahu.. mama keseorangan menjaga irfan.. maka dia tidak mahu menyusahkan mamanya... Irfan memang anak yang baik.. abah will be proud of u, our strong boy!
Senyum dan gelak tawa irfan pada pagi Jumaat tu sangat memberi kesan dalam hati mama.. setelah 5 hari muka irfan masam mencuka.. gelak tawa irfan tu macam hadiah yang paling berharga sangat buat mama.. terima kasih ye.. sayang mama... dan terima kasih jugak buat ahli keluarga dan kawan2 yang tidak putus2 memberi kan kata semangat buat mama dan irfan.. jasa kalian hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya... Amin..
Wow.. it was a part of parenting skill! sangat.. sangat..

Monday, April 03, 2006

Surat untuk Abah..

Dear Abah..
Abah pegi mana.. ? pagi semalam irfan bangun tido tgk abah takde kat sebelah irfan.. abah pegi mana.. tak bagitau irfan.. rasanya mlm sabtu hari tu .. sebelum irfan tido.. abah masih ada lagi.. tapi abah ngan mama macam tgh sibuk.. mama tengah letak baju2 abah kat dlm beg besar.. beg tu selalunya abah bwk masa nak balik kuching je.. abah pulak hari tu sibuk ngan laptop dan tool box abah.. irfan tak tau masa tu mama ngan abah tgh buat perancangan apa..
Lepas tu irfan tido.. irfan rasa ada org cium dan peluk irfan lama2.. tapi irfan penat sgt sebab siang hari irfan gi main2 ngan mama ngan abah.. kat gym kat BSC tu.. abah ingat tak? kiter jumpa kawan2 baru irfan.. ada kak arisha.. kak sufi.. ariana.. ngan baby lana.. pastu masa nak balik pulak kita jumpa ngan kak alisha.. ha tu la... sebab mlm tu irfan penat sgt.. jadi irfan tak boleh nak bangun masa kena cium tu.. tapi dari bau.. irfan tau tu abah...

gambar masa irfan jumpa kawan2 baru irfan.. sabtu lepas..
Abah pegi mana? kenapa abah tak kejutkan irfan sebelum abah pegi.. abah tau tak.. pagi ahad tu irfan bangun.. irfan tengok mama sorang je kat sebelah.. abah takde.. pastu irfan nangis.. irfan tak tau irfan nangis sebab tgk abah takde atau irfan lapar.. tapi mama seperti biasa bagi irfan minum susu n bagi irfan mamam breakfast.. tapi pastu irfan nangis lagi.. pastu mama bwak irfan mandi.. baru irfan rasa ok skit.. sambil2 mama siapkan irfan.. mama bagitau..supaya irfan jgn nakal2 sebab sekarang tinggal mama je yg nak jaga irfan sorang2.. abah takde.. abah gi jauh.. nun ke korea.. ha? korea? korea tu kat mana abah? jauh sgt ke? kenapa abah gi jauh2 tinggalkan mama dengan irfan? mama kata abah gi keja.. lama abah gi.. sebulan.. jadi mama kena jaga irfan dan irfan jugak kena jaga mama.. kiter kena saling take care each other.. mama kata mama tak pernah jaga irfan sorang2 tanpa abah lama2 mcm ni... tapi irfan rasa sgt sedih.. bah.. irfan nangiss....
bila tgk irfan nangis.. mama jadi lagi sedih.. jadi.. mama cepat2 kemas2 kan barang untuk balik rumah nenek.. mama takut kalau duduk lama2 lagi kat s.alam.. mama pulak yg akan 'banjir' mengalahkan irfan.. Abah tau.. mujur ada kawan mama.. auntie sa.. dtg tghari tu.. bawakkan mama lunch.. kemudian.. tlg tengok2kan irfan.. sementara mama mengemas.. tima kasih yang tak terhingga buat auntie sa.. yang ingin dipanggil mummy itu..
sebelum balik mama rasa bdn irfan panas.. jadi.. mama bagi irfan ubat.. irfan rasa irfan demam rindu dekat abah.. tp.. abah baru pegi sehari.. macamana irfan nak menghadapi 29 hari lagi tanpa abah? abah.. irfan tak sanggup...
dlm keta irfan meraung kuat.. kesian mama drive sorang2.. mama benti jap kat shell... pujuk2.. irfan.. bagi irfan susu.. tapi irfan still nangis non-stop. tiba2 mama pusing belakang.. amik baju abah yg kaler grey tu.. baju tu belum basuh.. mama letak kat irfan.. suruh irfan cium.. mujarab! terus irfan diam.. oh.. rupa2nya.. irfan memang sedang rindukan abah.. kalau cium baju abah.. terasa macam abah ada kat sini...
dekat rumah nenek pun irfan tak enjoy.. nenek pun pelik.. tengok irfan asyik masam dan moody jer.. mungkin jugak sebab gigi irfan ni.. abah nak tau tak.. hari tu abah tgk gigi irfan ada sebatang je kan kat atas nak tumbuh.. tapi rupa2nya.. ada 3 batang sekaligus nak tumbuh serentak... kesian irfan.. mana taknya irfan demam..
mlm semalam irfan muntah2 lagi.. macam tak boleh nak masuk apa2 dlm perut ni.. bila minum susu irfan muntah.. keluar sekali kahak.. doktor kata hari tu biar irfan muntah.. yelah.. irfan sendiri rasa tak selesa.. tekak irfan gatal sgt.. dari hari tu tak elok2 lagi... mama kata nak kena pegi jumpa doctor lagi...
mlm semalam pun.. irfan tidur bertemankan baju busuk abah... irfan cium puas2... biar hilang rindu irfan pada abah... mama pesan.. jgn basuh baju tu.. dan nenek pun tgk irfan memang kena cium baju abah masa nak tidur..
ok abah.. irfan dan mama doakan abah selamat kat.. apa nama tempat tu.. korea? ha.. kat korea.. lepas tu mama kata abah nak ke Taiwan terus... ok.. jaga diri baik2 ye abah.. mama ngan irfan selalu rindu2 kat abah.. hari pertama ni.. mungkin kami rasa tak biasa lagi... mudah2an masuk hari yang seterusnya.. dptlah kami teruskan kehidupan seperti biasa.. irfan tau abah pun rindukan irfan kat sana.. jadi kalau rindu2.. ciumlah kuat2 gambar irfan yang abah bawak tu yer..
ok.. sayang abah.. tata..
esok irfan tulis lagi
lurvvveee,
Muhammad Zaki Irfan.

Wednesday, March 29, 2006

not finish yet laaa...

Kenapa yer tak leh letak gambar kat post saya yang tadi..? memang tak boleh letak byk gambar ke.. ish.. sih.. konpius.. takpelah.. anda tgk lah gambar ni .. kesinambungan daripada cerita2 saya sebentar tadi..

salah satu gambar dari sessi fotografi bersama mama

saya yang bermain bubble


gigi saya nan 2 batang tu.. nampak tak?

nak tengok byk gambar lagi silalah ke http://babyirfan.fotopages.com

penatlah nak letak gambar byk2..

March... Definitely!

Ish.. ape pasal lah slow sgt nak bukak blogspot ni.. time tgh rajin nak menulis.. mcm2 lah pulak.. Ribuan maaf sebab rasanya.. lama sgt saya berdiam diri.. di blog ini.. walaupun saya berdiam diri di sini.. tapi di rumah suara saya tetap gegak gempita membelah bumi..
Lagi 9 hari saya dah nak masuk 7 bulan.. sebelum yang 6 bulan ini berlalu.. eloklah kiranya saya mengimbas kembali apa yang telah berlaku pada keadaan fizikal dan mental saya semenjak sebulan yang lalu..


Saya masih lagi seorang baby.. yang mana kerja saya hanyalah.. makan.. mandi.. tido.. main.. nangis.. ketawa.. belajar.. (wah.. mcm bagus je perkataan belajar tu..) maksud saya.. saya hari2 belajar sesuatu yang baru.. contohnya.. bagaimana mahu tidak menangis ketika tiada org di samping saya.. tapi tuan2 dan puan2, pelajaran tu lah yang paling susah nak masuk dlm kepala saya sampai sekarang ni.. Mcmana lah saya nak buat agaknya.. hari2 saya ulangkaji .. tak berjaya juga.. nak buat macamana.. mudah mudahan.. bila saya dah masuk 7 bulan.. saya akan score flying colors dlm matapelajaran tersebut..

Mula2 kita mulakan dengan activiti ujung minggu saya pada bulan 3..
Baiklah..

Minggu 1
Ujung minggu pertama saya habiskan dengan.. bergurau senda dengan ibu bapa.. sanak saudara.. dan jiran taulan.. Sanak saudara saya siapa lagi kalau bukan dua org cousin saya yang kenit2 itu.. tapi saya ada masalah dengan salah seprang daripadanya.. iaitu yg bergelar kakak.. oleh kerana saya sgt meminati kulit mukanya yang licin dan gebu.. saya selalu sahaja mencuri.. mencakar mukanya itu.. sudahnya… dia merasa sgt takut.. dan kurang mesra dengan saya.. berlainan pula dengan abangnya.. yang tidak habis2 ingin mencium dan bercerita itu ini dengan saya.. tapi maaf ye bang.. saya tak paham.. Cuma saya suka tgk mulut abg yang becok tu je.. kejadian ini berlaku semasa kami semua balik ke kg kami.. yang citer dulu tu.. yang sepelaung je tu.. jumpa atuk ngan nenek pun ada.. saya tidak pasti samada saya ataupun mama yang telah meragging nenek.. memandi.. dan menyuapkan makan pada saya.. tp saya tau.. nenek volunteer tu.. (masa ni mama tersengih).. Atuk pun best.. dan saya dah mula kenal atuk.. sebab bila atuk melintas je depan saya.. saya akan terjerit2 dan terloncat2 memanggil atuk..

Minggu ke 2 :
Memerap di rumah.. dan mengadakan sedikit sessi photography bersama mama…. Saya juga menolong mama.. menaip2 di atas laptopnya semasa mama mngedit gambar2 saya tersebut.. eh.. lupa.. sebagai memuaskan keinginan abah.. sekali lagi kami telah menemannya.. menonton perlawanan rugby di UPM.. mujur team abah (walaupun abah tak main) menang.. sampai saya menangis2 bila mereka yg sudah dewasa itu menjerit2 kegirangan (ku pikir mereka menengking saya..uwaa!!!)



Minggu ke 3:
Kitorang berhappening kat party harijadi anak opismate mama.. cun lah besday girl tu.. nama dia Arianna Dania.. tapi mama awal2 sudah pesan.. jgn pegi cakar2 pulak anak dara org tu.. ala.. frust betul.. baru niat nak tackle kakak tu.. kakak? Uwaa!! Jauh panggang dari apilah.. nak menackle nampaknya.. Saya juga berkesempatan jumpa dengan kawan2 yang lain.. hari tu lebih kepada berjumpa dengan kawan2 baru.. biar saya list sket nama2 mereka di sini (untuk mengiklan dan mengglamerkan mereka juga ) mereka adalah.. Daniel, Ilhan, Eldin, Najlah, Naimi, Emre, Kayra… harap maaf kepada mereka yg tak disebutkan di sini.. Apa yg pasti.. muffin di A&W tu boleh tahan jugak sedapnya.. memandangkan segala jenis burger dan ayam saya masih belum boleh makan..

Minggu ke 4:
Kami ke IOI mall.. tempat kesukaan mama dan abah menonton wayang satu ketika dulu.. tak byk yang best berlaku di sini.. Tujuan utama sebenarnya nak pulangkan buku yang mama sewa dan nak tukar dgn yang baru sebenarnya.. malang tidak berbau.. rupa2 kedai tersebut sudah lama tutup.. ntah mana tokei kedai tu ntah.. tak pulak mama selidik.. tapi kekecewaan jelas terpapar di wajah mama.. Ptg pulak kami meneruskan perjalanan hendak main refleksology kat taman shah alam.. sekali lagi kali ini bukan malang.. tetapi cuaca tidak berbau.. elok2 je kami sampai kat sini.. bush!! Hujan turun mencurah2.. hai.. kalau tak .. dpt jugak mama buat sessi photography di taman nan indah itu (dlm hati saya lega.. kerana tidak perlulah saya letih2 berposing lagi)

Minggu ke 5:
Belum lagi laaa… tapi mama sudah buat list perancangan untuk saya dan abah.. katanya.. minggu ni biar mama yg kongker acaranya.. kami akan mengadakan activity senaman beramai2 di gym kanak2 di salah sebuah shopping mall terkenal tanah air (tak lah terkenal sgt pun) Cuma yang berbezanya kali ini.. bukan kami bertiga ajer.. sbb mama dan rakan2 akan mengadakan satu gathering kecil2an…. Dan yg best semua kena bwk anak masing2 (tidak boleh berlakon solo)..

Ok.. berbalik pula kepada sedikit pencapaian saya sepanjang bulan ini..
Ingatkah tuan2 dan puan2 satu ketika dulu saya pernah menceritakan.. 2 btg gigi bawah saya sudah tumbuh? Untuk lebih memberi impak kepada anda.. di sini saya mengumumkan bahawa lagi satu batang gigi saya sudah tumbuh.. iaitu posisinya di bahagian atas sebelah kiri… jadi.. dari situ lah saya dpt hobi saya yang terbaru iaitu bubbling.. bubbling ni best.. bau dier pun best.. bau acam.. kata org tua2… tapi kali ini saya tidak sebagak mana.. sebab terpaksa akur dengan ketentuanNya.. saya.. demam la mak ngah oooii.. hari tu nak tumbuh 2 tak demam.. tapi kali ni flat…

Oh lupa.. berat saya dah jadik 7.5kg masa kali terakhir saya kena cucuk.. saya rasa ingin meloncat2 keriangan.. sebab lepas ni.. sudah takde hadiah injection lagi untuk saya.. kena tunggu saya setahun.. yabedabedoo..!!


Bulan ni pun mama kata saya punya sleeping habit best skt.. mama kata saya baik bulan ni (oo bulan lain tak baik keee?) saya mudah tido.. kalau takde activity saya tido je.. jadik mudah untuk mama menyental2 lantai.. menyental2 kain baju.. dan menyental2 dapur… gud boy.. (sebab tu agaknya saya selalu sgt dengar mama kata I luv u kat saya akhir2 ini)


Lagi… saya dah boleh berguling2 seberapa byk yg saya mahu.. kalau dulu bila nak pusing je mesti tangan tersangkut.. tapi sekarang.. cakap ajer pesen apa.. saya dengan rela hati akan menunjukkan show kepada anda semua.. tapi buat masa ni alhamdulillah show saya belum terbabas ke bawah katil lagi.. kuikuikui..


Dan yang paling best pada saya tetapi paling tak best pada mama.. saya sudah pandai mengutip barang dan menjadikannya juadah yang amat melazatkan..ish.. yg ni mama dan abah kena keep an eyes selalu.. mudahan2 tidaklah ade kerengga mahupun serangga yg saya telan..

saya pun dah makan bubur nasik lah.. wa ckp luu.... ahaks!

Oklah.. itulah sedikit sebanyak ( saya rasa tak sedikit.. tapi sebanyak ajer..) cerita yang terjadi pada saya sepanjang bulan ini.. Diharap anda semua berpuas hati dengan presentation saya hari ini.. jangan kemana2.. sentiasalah lawati blog saya ini bila2 masa anda free walaupun ada kemungkinan cerita terbaru saya will be coming sooooooooon iaitu sebulan dari sekarang.. muahahahahah (saya sudah belajar gelak org jahat)

Babbye!



Wednesday, March 01, 2006

Oh! February..

Kerana awak February.. setiap malam saya tidur bertemankan abah sahaja..
Kerana awak February.. mama balik malam entah kan pukul berapa..
Kerana awak February.. penat dan stressnya mama sampai tak tertahan rasanya..
Kerana awak February.. mama cium saya tatkala saya sudah tidur aja..
Kerana awak February.. mama tidak sempat mendengar mulut saya yang keletah bercerita..
Kerana awak February.. hujung minggu saya dipenuhi dengan menonton tv saja.. jalan2? tiada...
Kerana awak February.. hari sabtu pun mama dok kat opis yang alangkah bosannya..
Kerana awak February.. semua mama nak kena siap.. dan asyik nak meet dateline ajer..
Kerana awak February.. blog saya sunyi sepi seketika...
Kerana awak February.. minggu ini saya kena tinggal rumah nenek kerana mama risau asyik malam pulang bekerja..
Kerana awak February.. saya rindu mama tidak terkira..
Kerana awak February.. hidup mama rasa macam takde makna.. kerana jauh dari irfannya..
Alahai February... kesiannya saya.. :-(

Akhirnya.. sudah berlalu february.. dtg pula march sedang menanti.. dan masih.. macam ni jugak keadaannya..
mama promise.. middle of this month, everything will be ok like usual.. oh tak sabar rasanya..

Wednesday, February 22, 2006

Emerging new skills..

It seems like i was growing so fast.. byk gak yg mama terlepas pandang dengan perubahan saya agaknya.. sebab itu mama membelog kan diri saya dlm blog ini.. harapan yang kukuh supaya dapat mencatit any kind of my skill, improvement, milestone, kecepatan, kelambatan, kepetahan dan sebagainya yang seadanya..

Baru2 ini saya dah masuk 5 bulan.. hari ni genaplah saya berusia 5 bulan dan 3 minggu... dan tau apa yang saya dapat as my 5th mth present? A jab! Sakit woo.. doctor tu suka2 je nak cucuk saya.. oh kenapalah sebagai budak kecil.. saya harus di jab setiap bulan? lucky mama.. saya tak meraung.. it happened sepantas kilat.. tgh syiok2 layan mama tepuk tangan.. tiba2 rasa macam kena gigit semut pulak kat bontot ni.. muka saya dah berubah.. tapi mama buat2 tak paham jer.. hasik dari cucukan sementara itu, saya telah mengalami trauma yang mengakibatkan saya demam selama 2 hari.. mujur hujung minggu.. kalau di tengah minggu.. kurang lagi anual leave mama nampaknya.. tetapi saya agak was2 jugak.. adakah mungkin demam itu juga disebabkan gigi saya yg mula tumbuh bak cendawan ini?
Kan hari tu mama dah citer yg last last saturday.. mama nampak.. toing! gigi saya tumbuh kan.. but baru2 ini.. mama tgk member kepada gigi tadi (gigi disebelahnya pula) pun turut sama serta menonjolkan diri.. wah macho anak mama.. sekali tumbuh 2 batang sekali gus.. satu tinggi.. dan satunya kontot.. dan disebab kan gigi ini lah saya enhance new skill.. i am master in biting skill.. mama suh saya main ngan toys.. manakala saya pula.. makan segala toys.. enak memang enak.. tapi tak boleh telan pulak.. kebanyakan toys saya sekarang merupakan teether.. tapi makin digigit makin geli2 pulak rasanya.. hah.. itu belum saya boleh pick objek lagi.. kalau tak.. si semut hitam pun saya sumbat dalam mulut agaknya...
Pertumbuhan gigi.. merupakan tanda2 awal saya akan mula bertutur.. mungkin lah.. ini saya cipta teori saya sendiri.. entah mana saya dapat skill yang satu ini.. tidak lah pula saya ambik tahu.. tapi saya dah started makes 'coo cooing'.. sound..hmm.. well.. no.. it's shouting actually..saya pun tak tau nak tulis macamana bunyi tu kat sini.. macamana ek.. bunyi nye cam gini..aaarrrrgggggrrrrraaa.. ha.. camtu lah le lebih kurang.. saya buat bunyi tu campur suara serak2 basah sket.. tapi frekuensi nyer ya Allah.. kalau letak gelas antik depan saya mau pecah gelas tu time tu juga.. sedari mula saya dpt skill tu.. maka hari2lah saya praktikkannya bunyi yang sama.. exactly the same.. cuma melodinya saja kadang2 berlainan.. sampaikan mama terpaksa kata.. stop irfan.. its gonna hurt your throat.. tapi tak mengapa.. kipas syiling kesayangan saya kan ada.. kalau mama tidak mahu dengar.. kipas itu sentiasa menyerah diri mendengar suara vibrator saya ini.. oh bertuahnya menjadi kipas...
Dlm bab tiarap meniarap pula saya akui.. saya kurang master dlm hal ini.. oh lupa mau bagitau.. masa gi check up hari tu doctor measured my weight.. it was 7.2 kg! phew! Adakah kerana jisim saya itu menyebabkan saya lambat dlm hal ini.. tapi.. saya usaha.. jgn kata saya malas pulak tau.. dulu mama citer tangan saya satu tak lepaskan..kali ni.. when saya roll.. dah lepas dah tangan saya tu.. ha.. 5 bulan baru pass the exam! congrats to me.. lepas ni mari kita cuba2 gerak2 kan badan ke depan dan crawl pulak.. buat masa ni.. saya baru pandai undur2 ke belakang dan buat stunt helikopter (pusing2 dengan menggunakan kekuatan lutut dan perut)..
Saya juga dah mula respon when people call my name! nama saya Irfan rupanya.. pandai mama bagi nama.. ;-) saya akan tertoleh2 terhadap bunyi yg memanggil nama saya itu especially if it comes from suara garau abah.. hobi saya dengan abah adalah bermain au cak.. au cak.. magicnya rasa.. saya dah mula paham itu semua.. alah.. permainan tu macam.. now u see... now u don't.. Manakala hobi saya dengan mama pula adalah mentertawakan setiap funny faces & expressions yang mama tunjuk dekat saya.. bulat kan mata then blink2 pun saya rasa funny.. gembungkan pipi pun apatah lagi.. hatta mama buat muka serius nak telan org pun saya rasa nak tergelak sambil berguling2.. kuikuikui... kata mama... now is the time to introduce me with the puppet show .. tapi kali ini mama yg jadi puppet.. irfan ngan abah boleh jadi penonton yer.. i always amuse with mama's hands & finger.. rasanya.. she can just use her hand utk dijadikan puppet.. yes.. just draw the eyes.. the nose.. and mouth on it.. a very good idea.. it is more meaningful .. i guess..
Yang amat menggembirakan mama.. i can even sleep n play by my own.. ( meaning that tak payah 24 hrs people has to sit bside me..) itu pun tgk mood jugak.. sedara sedari.. kalau datang mood petir saya.. abah nyanyi2 lullaby pun saya tak mau tidur.. bukan saja tak mau tidur.. saya turut mengamuk2 dan menjerit2 mempraktis suara vibrator saya pulak tu.. hish.. hish.. hish.. hish.. (bukan hissing yer..)
Basically itulah improvement saya buat masa ni.. lepas ni saya ingin menumpukan kepada activity fizikal pula.. kalau boleh saya nak g gym.. tp nasib baik kanak2 tidak boleh angkat berat.. nampaknya saya main kat play gym saya kat rumah aje lah nampaknya.. ok.. bye! saya mau praktis suara soprano pulak..

**play gym saya digunakan bkn sahaja utk exercise, malah bileh juga tidur diatasnya..**

Friday, February 17, 2006

Tooth showing up!

Date : 11 Feb 2006

Venue : Home at Shah Alam

Time : 5.55pm

Story behind : Abah showed my little tooth to mama! What a supprised!

Size of tooth : bout 1 mm

Sign nak tumbuh tooth b4 : suka gigit2.. air liur banyak kuar...got mild flu n cough.. but not so moody.. lucky mama..

When abah spot? : While feeding me.. tiba2 sudu ada bunyi.. krrk.. abah tgk.. oh rupanya anak abah dah tumbuh gigi..

Mama's first reaction : Over excited! byk kali ckp anak mama dah ada gigi.. anak mama dah ada gigi.. habis semua org di sms nyer..

National average : 8-10 month..

My age tumbuh my 1st tooth : 5 mth and 6 days!

Reward : abah ngan mama bawak gi jalan2 tgk rugby kat padang UPM...

Alhamdulillah... ;-)

Friday, February 10, 2006

First swimming experience..

Now.. this is the story.. cerita ini berlaku kira2 3 minggu yang lalu.. di mana umat malaysia di KL khususnya.. dapat merehat2kan minda selama seminggu lamanya.. suatu yg sangat ditunggu2 mama sejak awal ambang 2006 lagi...
Sebenarnya saya sendiri tidak sangka akan dapat bermain2 air seawal itu.. maklum saya baru 4 bulan.. (hampir nak masuk 5bln) masa tu.. tapi ketidaksabaran mama telah membolehkan saya berendam di dalam kolam bersama2 dengan 2 org lagi cousin saya; abg arash ngan kak lia.... itulah pertama kali saya mengenali apa itu swimming pool..
Saya sampai di Tiara Beach Resort PD sudah petang.. hari sabtu 28 jan06.. sebelum tu kami menyinggah ke rumah cousin abah kat area politeknik dekat situ.. kami hantar tok abah ngan mak tok.. sebab keesokan harinya mereka nak berangkat ke Johor.. nak balik Kuching.. flight dari Senai..
Petang itu juga.. mama suit saya ngan my new swimming attire.. terasa kelakar dan geli2 juga.. sebab saya tak pakai pampers.. puas mama cari suar mandi yg attach skl ngan pampers tu.. tapi mama tak jumpa.. ini pun saya pakai yg budak setahun punya.. bolehlah.. cuma longgar2 sikit.. kalu exactly fit.. mesti tersembul2 muscle saya nnt.. karang nampak macho sangat nnt mama jugak yg susah..kuikuikui...
mula2 saya mandi kaki dulu.. itupun abah je yang pegang.. mama sibuk menjadi camera woman.. (maklum saja.. inilah kali pertama anaknya masuk swimming pool.. ngalahkan malaysia's book of record pulak).. apabila saya menendang2 air tersebut seperti tidak ingat dunia.. slowly abah rendam my upper body pulak.. saya rasa kecut2 kulit badan saya masa tu... kenapa air ni sejuk sket ek.. tak macam air dlm bath tub yg mandi kat rumah tu? yg tu rasa cam suam2 kuku je.. tp saya tidak menangis.. wow! (selalunya kalau mama try2 nak mandikan saya ngan air paip je.. dengar ler suara saya menjerit sampai ke rumah jiran).. tapi kali ni lain macam pulak rasanya... mungkin sebab saya pun terlalu excited melihat kolam yg luas.. dan sgt byk air dalam tu...
Abah pun mula2lah nak testing2 saya.. di ajarnya saya mcmana nak swim kuak lentang.. dan kuak dada.. gaya bebas ngan kuak kupu2 saya belum mahir lagi.... taulah abah terror berenang sampai boleh summersault dlm air.. yg mama pulak tak habis2 suh abah lepaskan je saya.. nak suh saya floting konon.. mentang2 le saya tgh keseronokan.. dan tak ingat sejuk dah masa tu.. tp nasib baik abah berfikiran normal lagi.. tidak dilepaskan saya.. kaki dan tangan saya ni pun asyik menepuk2 air jer.. berani ler abah nak lepaskan..
Sebelum saya biru.. mama ambil inisiatif utk mengangkat saya kuar.. gigi saya atas dan bawah dah berlaga2 dah masa tu... mama kata.. oklah.. mama ngan saya nak naik bilik dulu.. tinggallah abah bermain2 sliding ngan abg arash ngan kak lia.. bersama2 mommy dan daddy mereka.. kali ni mama tak dpt berendam lama2 seperti hari2 dahulu.. irfan is mama's no. 1 kata mama.. (dlm hati tak tau ler.. mesti jeles tengok abah main sliding ngalahkan budak2)
malamnya saya tidur enak bangat! mereka gi makan ikan bakar pun saya tak sedar.. entah bila mereka kuar tinggalkan saya ngan bibik pun saya tak tau.. sedar2 hari dah pagi.. itulah.. penangannya belajar swimming petang tadi..
hari ahad pun kami semua menyambung aktiviti petang semalam yg belum langsai.. kali ni main kat tempat yg ada air turun curah2 tu.. ntah apa nama dia tak tau ler saya.. ala.. yang mcm cendawan tu... pastu ada air turun macam kat shower kat rumah tu... main bawah tu memang best.. air turun atas badan kita.. tapi saya dicover oleh abah.. so that air tak turun direct atas saya.. pastu saya pinjam pelampung kak lia.. memandangkan saya belum pandai duduk.. jadi saya asyik tertunduk2 la kat dlm pelampung tu.. tak best lah.. berendam lagi best... melihatkan abg arash yg takut nak turun sliding membuatkan mama rasa sgt geli hati.. oo.. mama gelakkan org yer.. takpe.. nnt bila saya dah besar saya berlari turun naik sliding tu.. baru mama terkejar2 nanti... tunggu ler....
saya berendam kejap2 je.. mama takut saya kena demam.. abah punya idea lagi best.. bila tgk saya menggigil2 dibawaknya saya masuk dlm bilik sauna.. bila suhu badan saya dah ok.. baru dibawak kuar.. pastu releks2 jap.. pastu masuk air lagi sekali... this is the last time.. pastu mama angkat bawak saya naik bilik.. mandi2.. makan2.. tido2...
Petang itu juga kami berangkat balik KL.. Saya mencadangkan.. kepada sesiapa yg ingin mandi di pool saja dan bukan di laut pergilah ke Tiara.. sebab it just not a pool.. dia ada mcm water team park sekali.. luas and not so crowded..
Apa yg pasti.. balik KL.. saya kena flu ngan batuk sikit.. itulah.. lain kali kena beringat2.. Alhamdulillah.. recover cepat.. lepas jumpa doctor dan makan ubat.. perubahan cuaca kata mama..(nak nyedapkan hati)..kuikuikui....
**wajah2 setelah kepenatan bermain air.. pose2 terakhir sebelum balik KL**
look more pictures kat dlm fp saya http://babyirfan.fotopages.com

Wednesday, February 08, 2006

Great news from Northern...

Heard a very great news from one of my friend.. Ammaar, from Kedah... he's the 2nd child of mama's fren... Aunty a.k.a Doctor Maiza.. (personal doc to mama).. They will be transfering to KL maybe in early June... Yippie! dapat jugak jumpa Ammaar nanti finally.. we r in the same age.. cuma dia early 1 month.. but nnt sekolah kira sama lah kan.. Can't wait to c him...

**picture.. Ammaar and his mama**

Roll over.. talk over..


Semalam atuk ngan nenek hantar saya balik shah alam.. atuk suruh saya tunjukkan skill saya sket (yg dipelajari masa 2 hari saya dok gombak).. tau saya sudah boleh buat apa? Saya baru berjinak2 nak roll over.. dulu saya ada gak try2 roll from my tummy to back.. but semalam.. saya try roll from back to tummy pulak.. termengah2 saya.. tapi usaha perlu diteruskan juga.. saya nak eksen sikit kata mama ngan abah.. yess! lepas.. tapi sebelah tangan sangkut lah pulak.. atuk kesian.. terus dia releasekan tgn saya yg sebelah itu.. mana aci.. kata mama..
walaubagaimanapun.. me received a big hug from mama atas daya usaha saya itu..

**oops...oopss..**

Kalau ikutkan umur saya ni.. mungkin movement saya dikirakan lambat sikit kot.. sebab kalau tgk chart or gambar2 yg selalu lekat kat klinik2 sepatutnya saya sudah start roll over masa umur 4 bulan... tapi saya lambat skit.. biasalah tu.. each baby kan unik.. so cant expect the same..

saya rasa saya tau kenapa saya lambat sket.. sebabnya.. kalau bab berkata2 saya lebih cepat.. dengan sesapa saja saya boleh berborak2.. hatta dengan kipas angin pun saya boleh.. semalam saya terjerit2 dekat itu kipas sbb kipas itu statik sahaja.. saya jerit2 suruh kipas itu bergerak.. bila mama on suis.. saya ketawa pulak melihat kipas itu.. pelik sikit hobi saya yang ini..

Untuk mempercepatkan lagi saya berkata2 hari2 mama sebut words... "mamamamma" atau pun "babababababa" sekarang saya gusar.. saya ke yang tak sabar nak ckp atau mama yg tak sabar2 nak dengar that magical words come from my mouth...

Abah pula2 hari2 ajarkan saya rangkap ini ...

What is your name?
My name is Muhammad Zaki Irfan
How old r u?
I am 5 mth old
Where do u live?
I live in Jln Kebun
What is ur father's name?
my father's name is zulikhram
What is ur mother's name?
my mother's name is siti zubaidah..

Saya sudah hafal lah abah... sebab.. kalau saya tgh nangis.. bila abah baca rangkap tu.. mesti tetiba je saya tersengih.. power tak saya? power tak?

Back to normal..

Life have back to normal.. Hari ini saya kembali duduk dengan mak sewaktu mama dan abah gi opis.. semalam dan kelmarin saya tinggal dengan nenek.. sebab hari isnin mak ada hal sikit.. ikutkan hati nenek katanya dia mahu menjaga saya selama sebulan.. maknanya setiap ujung minggu sahaja mama dan abah dtg jenguk saya.. mama tidak sanggup.. usahkan sebulan.. sehari pun mama sudah rasa lemah lutut mengenangkan saya...
Tadi abah sorang je yang hantar saya ke rumah mak.. mama tak dapat ikut serta.. mama pun dah kembali drive ketanya ke opis.. sewaktu awal2 dulu kononnya mama nak try naik lrt so that dpt spend sikit masa dgn saya dlm car... malangnya.. mama tidaklah larat utk bertukar2 dua tren dlm satu perjalanan... kata mama.. kalau sekali sekala tu boleh lah.. tapi kalau hari2.. mama kena pikir dua tiga kali...
Hari ini mama nak buat o.t.. keja mama setelah seminggu yang ditinggalkan sudah sampai ke tahap semput2 nafas.. ujung bulan org nak datang audit.. nampaknya mlm ni saya tidur didodoikan abah seorang lah nampaknya...

Tuesday, February 07, 2006

Mama's tears...


Suatu petang.. mama menangis.. kenapa? kerana terbacakan kisah ini...

Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia...

Dia bertanya kepada Tuhan : "Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?"

Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu ."

Bayi bertanya lagi: "Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia."

"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"

"Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?"

Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara."

"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?"

" Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"

"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?"

"Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya"

"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi"

"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu"

Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan :

"Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?"

"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: " IBU "

Selesai membaca.. mama termenung, dan.... menangis lagi...

"Oh Tuhan.. tenangkan hatinya.. jangan biarkan mamaku menangis lagi.."

Ready for solid..

Last sunday... me reached 5 mth old.. but mama decided to give me solid food as early as 4 mth old.. doc said takpe lagipun kat market sekarang dah banyak food for 4 mth+.. Actually it all happened few weeks back.. when me watched mama n abah had their delicious meal.. saya tau ianya sedap.. sebab mama dan abah makan sangat khusyuk dan jarang2 sekali menoleh dekat saya yang sudah meleleh air liur ini... Tetapi sekali sekala mama dan abah pandang juga saya.. dan alangkah terkejut nya mereka melihat.. anaknya ini turut sama mengunyah2 like me was chewing something inside my mouth.. padahal takde apa2 pun.. saya cuma mengikut apa yang mereka lalukan... saya lihat mereka mengunyah.. jadi saya pun mengunyah juga.. gelihati jugak mama tengok saya masa tu.. jadi mama pun decide nak bagi saya solid for the first time.. me already can hold my head steadily what.. mama buat ceral yg sangat cair.. started with 2 scoop dulu.. bila lama2 mama tgk saya dah boleh adapt.. mama add lagi with 1 scoop.. n now saya dah makan 4 scoop of cereal for each meal.. saya makan 2 kali sehari.. satu pagi dan satu malam... mama kata saya sangat suka makan.. memang sangat suka.. dan sangat2 tidak sabar..bila mama suapkan kat saya.. kemudian saya telan2 kemudian saya jerit2 sebab makanan dalam mulut dah habis kemudian terkocoh2 mama suapkan lagi.. bila dah habis saya terjerit2 lagi macam something wonderful had happened to me.. saya suka makan.. yay! saya nak cepat besar... skrg mama mula berpikir2 resepi bubur nasik untuk saya pulak.. esok lusa dapatlah saya rasa nasik ngan potato ngan carrot pulak agaknya...

Tuesday, January 24, 2006

Attention

Khas buat Auntie Sab dan mereka yang asyik tanya mama bila mau update gambar raya haji.. kat sini http://babyirfan.fotopages.com .. sudah update.. enjoy looking!

Monday, January 23, 2006

Batu Pahat vs Keratong

Sabtu lepas kan.. saya gi Batu Pahat tau...! Mak tok ngan Abah Tok saya terbang dari Kuching... Rindu sangat sgt mereka dekat saya agaknya.. saya sampai2 je... seperti yang dijangka.. diorang cium2 saya.. sampai saya penyek.. saya pun dah ingat2 lupa dah dengan mereka.. yelah.. last saya jumpa dulu masa raya.. masa tu saya cinonit lagi.. tak tau apa2 pun.. sekarang ni pun masih tak tau apa2 lagi jugak.. tapi saya dah mula kenal orang.. sebab itu masa mak tok mula2 dukung saya hari tu.. saya nangis uwaa! uwa!! tapi yang peliknya.. dengan abah tok saya nak pulak.. ni yang saya musykil ni.. tapi malaslah nak selidik kenapa.. Sekejap je saya taknak ngan mak tok.. beberapa minit kemudian.. ok je saya.. senang je nak buat saya ok.. borak2 lah ngan saya.. sapa rajin borak ngan saya.. org tu yang saya sayang.. ngehngehngeh... pakteh (adik abah) pun ada.. tapi dia takyah terbang.. dia dok Pantai Dalam tu je.. Abah yang amik pakteh..kat komuter Shah Alam..

Ok sambung pasal Batu Pahat.. Kami bermalam kat rumah Nek Cik (adik Tok Abah).. keja saya takde lain.. tido.. pastu bangun.. minum2 susu.. pastu bermain2 iaitu berborak.. kemudian mengamuk nak tidur balik... Sebenarnya ada sebab kami ke sana.. iaitu untuk menghantar rombongan pengantin (kami termasuk sama).. pengantin itu merupakan adik abah.. iaitu Pak Net.. Kat Kuching org panggil dia Pak net.. tapi hari tu tiba2 pulak dia suh panggil Uncle Net.. mcmana ni.. konfius lagi saya..

Jauh sgt rumah pengantin pompuannya.. nun.. kat Keratong sana.. sudahlah 2 jam setengah saya dok dalam keta dari KL tadi.. Baring2 pun lum panas tilam lagi.. dah nak kena gi keratong pulak.. 3 jam perjalanan lagi... aduih.. keras badan saya asyik dok dalam keta.. Mama dah cun2 sampai2 keratong kurang sikit cun sebab dlm keta keja saya.. membelek2 tudung mama.. tak puas membelek.. saya tarik2 pulak... sbb tu perwatakan mama kurang gah sket.. sesampai di rumah pengantin.. Abah pulak gamaknya dah sakit pinggang sebab asyik drive ajer keja.. Betullah mereka ni.. tak kasik can langsung saya main2 ngan abah hari sabtu tu...

Kami sampai balik Bahat.. dah pukul 9.. masa tu citer Pondok Buruk pun dah nak habis.. tinggallah saya yang bucuk ini saja.. dah malam terpaksa lah mandi P.Ramlee aje saya.. tapi mereka yang dah besar2 tu semua sedap aje mandi.. tak aci betul.. saya dah penat sangat.. belum habis minum susu.. saya dah tido.. tapi kan malam tu sejuk nyer aircond bilik Ngah Ela ni.. mama lak sedap layan tido malas nak bangun tutup aircond.. nasib keesokan harinya.. saya tak bangun sebagai ais..

Lepas mama, abah ngan pakteh.. selesai makan ikan terubuk masak goreng lemak + sup fish ball + sotong merah... kami pun berangkat ke KL balik.. Mak tok ngan Abah tok tinggal situ dulu.. tak petang ni.. esok atau lusa.. baru mereka datang rumah kami pula.. baru saya ada geng kat umah..

** perhatian.. mama tak dapat candid aksi2 saya di sana.. semuanya kerana kehabisan bateri kamera.. apa la.. singgah sumer stesen minyak.. semua tak jual bateri tu.. canggih sangat ke bateri tu ek?**

Clap your hand!

Tertanya2 tak mana saya pegi semenjak kebelakangan ni...? heheh.. ni lah saya buat.. mengupdate layout baru.. nampaknya theme kali ini sesuai lah dengan umur saya yang baru setahun jagung ni.... Sebenarnya lay out dulu tu.. saya amik from mama nyer lay out blog mama yang lama.. tapi blog mama tu sekarang dah berkubur begitu sahaja... Rama2 yang byk tu.. nampak macam kureng menyengat sket.. dibanding dengan keceriaan saya sebenar.. Lepas ni harap2 pembaca2 budiman sekalian akan sentiasa happy je bila nonton blog saya ini... kalau yang tgh sedih2 tu.. enjoy reading my blog.. n sing along!

Wednesday, January 18, 2006

Sate for my 1st Aidiladha...

Oh.. kasihannya mama kena rushing makan tadi.. hanya semata2 tidak mahu melepaskan peluang masa rehatnya untuk meng update blog saya yang sepi seketika ini.. Byk urusan di opis membataskan penglibatan mama unuk terus menulis.. tapi hari ini mama try tulis sekadar yang termampu..

Topik paling daboom sekali lewat ini ialah sambutan Hari Raya Aidiladha.. sungguhpun sudah seminggu berlalu tapi kenangan mencuit jiwanya masih lah lagi terpahat dlm ingatan saya mahupun mama..

Isnin malam raya itu kami pulang ke kampung halaman mama.. yang sgt jauhnya saya rasa (sebab saya hanya tido sepanjang perjalanan) iaitu di gombak.. kata mama gombak takdelah jauh sgt... cuma sepelaung je dari s.alam.. jauh tak jauh pun mkn masa 45 minit jugaklah untuk sampai ke sana.. itupun kalau tak jam.. Alhamdulilah mlm tu tak jam.. so perjalanan pun smooth ajer ler.. Tapi sori.. saya terpaksa menghabiskan masa dengan tidur sahaja.. eh.. mestilah.. itu kan time tido saya.. kalau sudah sampai time tido, mama tidak akan membenarkan anaknya ini untuk terus berjaga.. kerana nanti akan berlaku satu simptom pada diri saya.. yakni simptom 'amukan'.. hanya rakan2 sebaya saya sahaja yg mengalami simptom ini... tau tak apa muzik yang mendodoikan saya pada malam itu? Takbir raya.. syahdu sungguh saya rasa..

Sebenarnya mama sudah dapat merasa bahang2 kehangatan aidiladha pada tahun ini.. mama tau sambutan tahun ini mesti luar biasa sedikit.. Almaklum.. anak2 nenek semuanya beraya di sini.. kalau dulu masa raya puasa.. kami pulang ke kuching.. dan mummy pulang ke kuantan.. sunyi sepi rumah nenek takde tangisan anak2 kecil seperti saya dan sepupu2... kali ini semua ada di sini.. maka nenek pulun sakan la memasak untuk anak dan cucu2 kesayangannya.. seawal hari sabtu sebelumnya.. nenek sudah berfikir2 tentang juadah yang ingin disediakan.. akhirnya.. terhasillah.. juadah sehingga menjilat jari seperti berikut..

1) Rendang ayam
2) Nasi Impit
3) kuah kacang
4) Kuah Lontong
5) Sambal tumis ikan bilis
5) Lemang (disedekah oleh Nek Alang)
6) Choc Cake (dibuat oleh sepupu saya iaitu kak Nunu yang baru berusia 9 tahun)

Tetapi menu yang paling havoc dan meletup adalah sate made in kelantan.. Huiyyoo... raya haji kita bakar sate! yay! Mommy yang marinate semua bahan2... manakala mama kerjanya hanya mengulit saya.. mama senyum2 saja sebab dia ada excuse untuk buat kerja2.. saya tak tau lah sebab saya ke mama dpt excuse atau mama saja2 nak mengexcuse kan diri.. tetapi sebenarnya jaga saya penat juga tau.. kuikuikui..

Selepas sembahyang raya dan dah cukup corum semuanya.. bermulalah sessi membakar sate.. Abah n Uncle Zaim bertungkus lumus membarakan arang... dan menyengseng lengan membakar cucuk2 sate tersebut.. semua sate ayam.. buat 5 ekor ayam.. jadi bayangkan lah penat tak penatnya mereka.. hilang hensem mereka yang sebelumnya memakai baju melayu... tapi jgn tertipu.. diorang tak le membakar kesemua 5 ekor ayam yg telah dicucuk dijadikan sate itu.. mereka bakar sikit demi sedikit.. petang nya pula turn Pak Tam pula... ada mende kepul2 putih lah kat dapur nenek.. mama kata itu adalah asap yg datanya dari sessi pembakaran tersebutlah.. Terpaksalah mama angkat saya bawak ke depan rumah agar asap itu tidak masuk dlm sistem pernafasan saya... padahal saya tau.. mama punyalah excited nak tengok abah bakar sate secara 'live'... dan ada hati pula nak terangkan kat saya kaedah2 yang betul untuk membakar sate...

Petang itu riuh rendah umah nenek.. bila semua adik2 atuk datang bertandang ke rumah... nasib baik saya kecik.. jadi saya diberi keutamaan tempat untuk saya me'landing'kan diri.. mana taknya.. rumah penuh.. sampai duduk pun berlaga bahu... tapi keseronokannya.. wow! sampai nak menangis saya dibuatnya.. yang seorang ini mengagah saya.. yang seorang ini pula mendukung saya.. yang sorang pula menggelitik pusat saya.. yang seorang lagi cuba2 suap kek ke dalam mulut saya... aduh... pening kepala saya... tapi saya tengok kegembiraan jelas terpancar di wajah.. nenek2 dan atuk2 muda saya... saya rasa keseronokan beraya kali ini sama seperti raya Aidilfitri layaknya...


Kawan saya juga ada datang iaitu Yayin (Aunt Adelin n Uncle Shahrul nyer anak...) Habis mama paksa mereka.. melunaskan segala makanan yang ada... Tapi masa itu saya tidur.. jadi tidak dapat bermain2 dengan Yayin.. saya tidur sampai berdengkur.. mengalahkan abah yg lagi penat membakar sate... Tapi dpt tidur dalam 1 jam saja... kemudian sambung balik bermain2...

Raya ini saya dan mama dan abah tidak berkesempatan mengambil gambar serentak.. (mama lupa sebenarnya sebab seronok mengerjakan kerja2 lain).. adalah amik gambar sikit... ini antara gambar2 yang diambil.. yang lain2.. nanti mama edit kasik cun2 dulu.. boleh tgk kat fotopage saya ok! Akhir kata.. berjayalah mama.. menulis satu entry buat saya pada hari ini walau dlm kepala mama sebenarnya bagai membuak2 perkara yg ingin diceritakan.. tapi apakan daya.. sudah pukul 2.. kerja kena diteruskan jua...


ala.. gambar ngan atuk gelap pula.. sori..

saya sayang atuk dan nenek.. nampak tak saya didukung mama kat belakang tu..?

saya dengan Mommy Aqish, Abg Arash, Kak Lia n Abg Kemal..

saya kena gelitik dek Pak Long


Saya gembira dapat beraya bersama sanak saudara.. satu hari nanti.. bila saya besar.. saya akan menatap gambar2 ini semua... dan barangkali dpt mengingatkan saya kembali begini rupanya saya menyambut Aidiladha yang pertama... Till then.. i luv my family.. n i luv u all.. take care!

Thursday, January 12, 2006

Unforgettable memories on day 5....

Di pagi yang hening itu saya memanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi kerana masih lagi diberi kesempatan olehnya untuk saya menghirup udara yang segar ini.. Saya toleh kiri dan kanan.. saya tersenyum puas kerana punya abah dan mama yang amat mengasihi saya.. saya masih punya kesempatan lagi untuk merasai kehangatan kasih sayang mereka.. apabila saya keluar rumah di dukung mama.. saya masih mampu melihat alam nan indah ciptaan mu Tuhan.. saya boleh mendengar kicauan burung...dan saya masih lagi mampu minum susu.. ketawa dan menangis... Alangkah indah dan warna warni nya kehidupan ini.. 5 hb 1 2006 itu.. genaplah usia saya 4 bulan di bumi Tuhan ini...
Mengimbas kehidupan saya 4 bulan yang lepas... rasanya terlalu banyak kenangan yang telah saya cipta.. Berat saya semasa lahir hanya 2.4kg dengan ketinggian 45cm.. sooo tiny kan? Menganjak ke usia 1 bulan berat saya bertambah menjadi 4.0kg dengan tinggi 50cm.. Banyak peningkatan nampaknya waktu itu.. seiring dengan usaha saya yg banyak minum susu.... ;-).. **gambar di atas.. just had my 2nd immunization** ..semasa saya 1 bulan.. rutin kehidupan saya hanyalah tidur sahaja.. jika tidak bangun untuk minum susu... pendek kata waktu itu saya hanya bangun untuk mengisi perut ataupun salin lampin.. kemudian saya akan tidur semula.. selang 2 jam selepas itu saya akan bangun kembali merengek meminta susu.. waktu itulah merupakan waktu paling mencabar sekali buat mama dan abah.. kerana kehidupan mereka sudah berubah sama sekali.. waktu malam mereka terpaksa bangun setiap 2 jam sekali untuk memastikan perut saya diisi.. Pada usia itu juga.. menangis dan merengek merupakan aktiviti utama saya.. Kadangkala mama pun sampai tidak tahu kenapa saya selalu menangis.. apa yang pasti mama akan sentiasa memastikan saya sentiasa dalam keadaan sihat pula mama mengikut nasihat dan panduan daripada nenek.. kadangkala saya juga mempunyai masalah untuk tidur.. yg menyebabkan tidur mama juga terganggu.. siann mama...
**gambar disebelah --> saya sedang nyenyak tidur** ... tetapi pada usia saya lebih kurang 1 setengah bulan.. saya telah mencapai kemajuan yang amat membanggakan abah iaitu saya dapat mengangkat kepala for a second when i was on mama's or abah's shoulder.. boleh dikatakan cepat juga.. Dalam masa yang sama.. abah juga telah mengajar saya untuk tidur meniarap... saya merasa amat selesa berkeadaan begitu.. Satu perkara yang pasti membuat mama menitiskan air mata.. sekecil itu.. saya sudah pandai menghadiahkan sekuntum senyuman buat mama.. my smile worth a thousand words!
Pada usia saya 2 bulan pula.. saya sudah terbang ke Kuching.. tanah kelahiran abah.. Saya berkenalan pula dengan keluarga di sana.. lantas menyambut my 2nd month bday di sana.. Waktu itu masih jelas dlm ingatan saya.. Mummy Ayu menghadiahkan saya dengan kek.. dan saya menyambut nya bersama2 dengan hari lahir mak tok.. Saya juga sempat berhari raya di Kuching.. Masa usia saya 2 bulan, berat saya sudah mencecah 4.9kg dengan ketinggian 57cm.. satu peningkatan yang baik juga buat saya...Alhamdulillah.. sehingga usia itu saya masih dalam keadaan yang sihat.. kalau sakit pun hanya demam atau selsema biasa sahaja..
**gambar di atas: ketika saya beraya di Kuching**
I had my very first hair cut in this month! Kata mama saya makin hensem.. tetapi satu hal pula.. mama kena mencari cap ataupun key yang dapat menyorokkan kepala saya yang tidak berambut itu... Pada usia itu juga saya sudah pandai mengekek dan ketawa.. saya juga sudah mula mengeluarkan suara saya yang nyaring itu... boleh tahan juga talkative nya saya ini.. berborak merupakan hobi utama saya sehingga sekarang.. saya juga sudah pandai mengalih2kan kepala saya ke kiri dan kanan when i was on my tummy..
Pada masa itu juga saya sudah mempunyai penglihatan dan pendengaran yang jelas.. saya mula sensitif dan alert terhadap bunyi.. dan sentiasa juga bertindak balas ke atas bunyian2 tersebut..
**gambar di atas: mama berjaya menyorokkan kepala saya yang botak di sebalik key yang dipakaikan itu..**
Umur saya 3 bulan, saya sudah mencapai berat 5.7kg with height 65cm. Masa ini saya sudah start nakal sedikit.. Masa usia ini jugalah mama dan abah kerap membawa saya keluar berjalan2 dan berjumpa dengan ramai orang.. agar saya tidak pelik seandainya ramai orang di sekeliling saya... Saya juga diperkenalkan dengan ramai kawan..
Pada waktu ini juga saya telah dapat mengangkat kepala saya dengan steady sewaktu saya sedang meniarap.. lama juga saya dapat tahan.. Saya juga sudah pandai minta didokong kalau ada sesiapa sahaja berhampiran dengan saya.. tetapi awas.. saya akan menjerit jika tiada siapa di sisi saya.. kerana saya takut duduk keseorangan..
gambar di atas: ketika saya sudah bersiap2 utk dibawa jalan2
Sekarang saya sudahpun berusia 4 bulan! saya rasa berat saya mungkin sudah bertambah2.. lihat sahaja pipi saya yang gebu ini.. dagu saya pun sudah tidak nampak lagi.. saya juga mungkin bertambah tinggi.. sebab car seat yg saya naiki sudah hampir tidak dpt menampung ketinggian saya... Mama dan abah akan bawa saya for next checkup end of this month.. masa itu baru lah tahu berat dan ketinggian saya sebenar... My achievement? Buat masa sekarang.. saya masih belum boleh roll over lagi.. cuma yang saya perasaan.. kalau saya sedang meniarap.. saya akan berusaha untuk menelentangkan diri saya.. walaupun usaha itu masih belum berhasil tapi saya tetap mencuba juga... (terbalik.. patutnya.. terlentang... then usaha utk tiarap).. Kaki saya juga sudah kuat menendang2.. dan tangan saya semakin kuat meronta2.. dan kalau ada permainan yang tergantung di atas saya.. saya akan berusaha untuk mencapainya.. Perkara yang saya amat suka sekali ketika ini (selain berborak) ialah meminta abah atau mama mengangkat saya... ooohh.. sangat penat mereka... Apa yang pasti.. mulut saya sangat bising... riuh rendah lah rumah kami... yay! saya suka!